NAMA : WAN NORHAYATI BT WAN SEMAN
NOMBOR MATRIK/NO ID : D20102042693
TOPIK : MENGGAMBAR (LUKISAN) -DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1
KUMPULAN : EL-A15
NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN NADIA AKMA BINTI AHMAD ZAKI
Dunia Seni Visual
View more presentations from Tankelly83
Assalamualaikum ahlan wasahlan
Minggu, 25 Desember 2011
Sabtu, 24 Desember 2011
Kamis, 22 Desember 2011
STANDARD KANDUNGAN 1:PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan)yang terdapat pada alam ciptaan tuhan,objek buatan manusia,dan karya seni.
Unsur seni
Garisan-selari (olahan garisan yang menghasilkan rupa),-lurus dan melengkung (untuk lakaran),-bersilang
Garisan/jalinan yang terdapat pada lobak merah
Rupa -organik dan geometri (dihasilkan daripada garisan)
-Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
- Rupa boleh dihasilkan daripada garisan,warna dan jalinan.
Rupa organik merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa ikan
Rupa Geometri
- Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan,tiga segi,empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
- Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris,set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.
Rupa geometri
Bentuk.
- Bentuk mempunyai struktur dan isi padu.
Warna -primer (biru,kuning dan merah) dan sekunder (Hijau,unggu,Jingga)
Jalinan -tampak
Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuh seperti ,sayap rama-rama,kulit tembikai,kertas pembalut hadiah,kertas pembalut hadiah,kertas dinding seperti:
Jalinan sentuh
-Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti permukaan batu,kulit kayu,kulit kerang.
Jalinan sentuh pada permukaan pasu bunga
Jalinan sentuh pada permukaan kulit kayu
Prinsip rekaan
Imbangan -ruang,simetri
Kepelbagaian -garisan
-Garisan merupakan satu siri titik-titik.Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
-Garisan dihasilkan dengan menggunakan sesuatu alat/media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.
Garisan pada urat daun
Senin, 12 Desember 2011
Kamis, 08 Desember 2011
Warna Sejuk
Warna dalam
kehidupan
Warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.Alam
semulajadi telah mengurniakan kita dengan warna-warna untuk menceriakan lagi
fizikal dan rohani kita.Ianya menyumbangkan kepada seluruh sistem badan dengan
membekalkan tenaga/aura yang penuh hikmah,ketenangan jiwa,minda dan emosi dan
ianya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian.
Kombinasi warna sejuk dan warna
panas menghasilkan visual/pemandangan yang sangat menarik seperti :
Warna Sejuk
- Merupakan kumpulan warna-warna biru,hijau,ungu,biru ungu,biru hijau ,merah
ungu.
- Menimbulkan suasana nyaman,selesa,sejuk,segar,sedih dan sunyi.
- Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang.
- Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding,catan bertema alam semulajadi,kematian ,kesegaran.
- contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti :
Warna Panas.
- Terdiri daripada kumpulan warna merah,jingga dan kuning,termasuk warna merah jingga,merah unggu dan kuning jingga
- Menimbulkan suasana yang ceria,meriah,,riang dan sebagainya.
- Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan.
- Sesuai untuk catan bertemakan perayaan,peperangan,kemeriahan,pesta dan sebagainya.
- Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas seperti :
Sabtu, 03 Desember 2011
Langganan:
Postingan (Atom)