NAMA : WAN NORHAYATI BT WAN SEMAN

NOMBOR MATRIK/NO ID : D20102042693

TOPIK : MENGGAMBAR (LUKISAN) -DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1

KUMPULAN : EL-A15

NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN NADIA AKMA BINTI AHMAD ZAKI








Assalamualaikum ahlan wasahlan

Kamis, 08 Desember 2011

Warna Sejuk



Warna dalam kehidupan

Warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.Alam semulajadi telah mengurniakan kita dengan warna-warna untuk menceriakan lagi fizikal dan rohani kita.Ianya menyumbangkan kepada seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga/aura yang penuh hikmah,ketenangan jiwa,minda dan emosi dan ianya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian.



Kombinasi warna sejuk dan warna panas menghasilkan visual/pemandangan yang sangat menarik seperti :







Warna Sejuk

  1. Merupakan kumpulan warna-warna biru,hijau,ungu,biru ungu,biru hijau ,merah
ungu.
  1. Menimbulkan suasana nyaman,selesa,sejuk,segar,sedih dan sunyi.
  2. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang.
  3. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding,catan bertema alam semulajadi,kematian ,kesegaran.
  4. contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti :








Warna Panas.

  1. Terdiri daripada kumpulan warna merah,jingga dan kuning,termasuk warna merah jingga,merah unggu dan kuning jingga
  2. Menimbulkan suasana yang ceria,meriah,,riang dan sebagainya.
  3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan.
  4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan,peperangan,kemeriahan,pesta dan sebagainya.
  5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas seperti :





 



Tidak ada komentar:

Poskan Komentar