NAMA : WAN NORHAYATI BT WAN SEMAN

NOMBOR MATRIK/NO ID : D20102042693

TOPIK : MENGGAMBAR (LUKISAN) -DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1

KUMPULAN : EL-A15

NAMA TUTOR E-LEARNING : PUAN NADIA AKMA BINTI AHMAD ZAKI








Assalamualaikum ahlan wasahlan

Kamis, 22 Desember 2011


STANDARD KANDUNGAN 1:PERSEPSI ESTETIK

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan)yang terdapat pada alam ciptaan tuhan,objek buatan manusia,dan karya seni.


Unsur seni

Garisan-selari (olahan garisan yang menghasilkan rupa),-lurus dan melengkung (untuk lakaran),-bersilang

    Garisan/jalinan yang terdapat pada lobak merah



Rupa -organik dan geometri (dihasilkan daripada garisan)
 -Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
- Rupa boleh dihasilkan daripada garisan,warna dan jalinan.


    

Rupa organik merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa ikan

                                            Rupa organik

Rupa Geometri
- Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan,tiga segi,empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
- Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris,set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.


                                           Rupa geometri


Bentuk.
- Bentuk mempunyai struktur dan isi padu.


Warna -primer (biru,kuning dan merah) dan sekunder (Hijau,unggu,Jingga)




Jalinan -tampak
Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuh seperti ,sayap rama-rama,kulit tembikai,kertas pembalut hadiah,kertas pembalut hadiah,kertas dinding seperti:

    Jalinan tampak yang terdapat pada kertas dinding


Jalinan sentuh
-Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti permukaan batu,kulit kayu,kulit kerang.


   Jalinan sentuh pada permukaan pasu bunga

    Jalinan sentuh pada permukaan kulit kayu


Prinsip rekaan

Imbangan -ruang,simetri




Kepelbagaian -garisan
-Garisan merupakan satu siri titik-titik.Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
-Garisan dihasilkan dengan menggunakan sesuatu alat/media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.



Garisan pada urat daun 




Tidak ada komentar:

Posting Komentar